Cakar-cakar Fikir (1)
1.34 a.m.
♫Alex Turner-Submarine[EP] ♫
Mengantuk. Tapi ada banyak lagi
yang perlu aku telaah, sebenarnya sudah lama aku tak benar-benar menyelam dalam
pembacaan. Apa-apa buku. Mungkin ada tapi cuma sebentar. Kadang-kadang aku merasakan
dunia ini berputar terlalu cepat, aku terlalu rindu pada hari esok yang tak
pasti. Impian tentang hari esok itu lebih kuat kerana aku belum melakukan
apa-apa kesalahan lagi ataupun kesalahan belum memilih aku. Tadi aku mencari tentang sejarah kehidupan
perempuan di barat tahun 1800 semasa feminis baru nak up. Apa yang aku dapati,
golongan gereja sangat menyekat dan sibuk hal-hal wanita. Segala kegiatan yang
perempuan buat eventhough dalam ruang peribadinya ada campur tangan lelaki dan
semuanya serba politik. Memang projek penyelidikan aku tentang wanita dalam
karya. Apabila aku membaca hal-hal ini aku terfikir pada satu istilah yang
dipanggil ‘meritocracy’. Feminis sekarang banyak menuntut peluang supaya
perempuan boleh diberikan ruang dan platform bagi suaranya didengari. Hal ini
menjadikan pemilihan sesuatu ruang itu berdasarkan gender dan diversity
semata-mata tanpa mempedulikan meritocracy iaitu kelayakan. Adakah apa-apa
pengadilan tentang sesuatu perkara benar-benar melebihi lelaki? Ataupun wanita
lebih diprejudiskan oleh situasi menjadikan wanita agak kurang dalam apa-apa
medan dan bidang. Malahan, kesusasteraan sekalipun. Aku juga kadang-kadang jadi
keliru. Mungkin esok lebih baik.