Cakar-cakar fikir (2)

♫NCT- Simon Says♫
1.50p.m.


The Kiss 1907 Gustav Klimt
Mungkin selepas ini aku akan menulis mengenai Hole pula. Sebenarnya masalah yang aku hadapi cuma kemalasan yang gila babi punya sukar untuk dibendung. Bab 4 Projek Penyelidikan sudah hampir siap, dihujung-hujung waktu. Payung Teduh banyak membantu dan muzik lain juga. Urat-urat kepala aku kebelakangan ini bertukar jadi kaki ballerina yang berputar tanpa henti. Kemudian aku fikirkan semula tentang masa hadapan yang penuh ketidakpastian. Ada due lain untuk dua buah cerpen. Adakalanya untuk menjadi seorang penulis yang baik itu perlukan kerajinan sahaja. Sudah tentu, membaca. Aku tertarik sekali dengan karya Mary Crawford tentang psychology wanita yang kupinjam di perpustakaan. Buku ini terlalu lengkap dan baik sekali, aku terfikir untuk mencurinya terus dan tidak memulangkannya semula. Aku sanggup membayar denda kehilangan buku yang bagi aku berbaloi juga untuk melakukannya. Cerpen dua minggu lepas yang aku tulis tergantung begitu sahaja. Aku cuba mencari sumber idea lain di kampung. Semalam aku beritahu abah sesuatu yang jarang untuk aku ungkapkan (baca:I Love You). Kakak aku pun memujuk aku untuk hantar gambar di group whatsapp rumah, supaya abah boleh kebah rindunya pada aku. Memang setiap kali aku bercakap tentang hal-hal personal begini menjadi sayu juga ya. Semalam aku menonton sebuah filem berjudul "Battles",sebuah filem Norwegian tentang percintaan remaja perempuan kaya dan remaja lelaki yang miskin. Aku suka sekali sebab kedua watak ini multi-racial. Kehidupan mewah perempuan itu berubah apabila ayahnya menjadi muflis. Tetapi sebenarnya pusat cerita ini adalah tarian. Perempuan itu ballet, manakala lelaki itu hiphop. Cerita tipikal seperti ini bagi aku sangat menghiburkan. Hidup aku selalu terisi dengan hiburan-hiburan lagha seperti ini. Tapi ada satu babak tarian di antara Amalie dan  Mikael yang sangat sensual. Membuatkan aku ingin bercinta. 

Popular Posts