I-Shit
♫Lady Gaga - La Vie En Rose♫
Two-faced - Cheryl R Rudd (2017) |
Demonstrasi
Bukan gratis
kumpulan sis-sis-sis
Dah basi
Beberapa hari sebelum Mahathir mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia menolak untuk menandatangani ICERD, saya mendengar seorang sahabat berborak tentang hak-hak Melayu. Malam yang gelap itu, kami penuhi dengan bicara-bicara politik. Sesekali dia selitkan kesinisannya pada saya, seorang feminis. Seolah-olah dia faham feminis pasti menyokong soal-soal hak asasi. Kemudian seorang sahabat lain, berkata bahawa sekiranya ICERD ini diterima, kaum orang Asli yang tinggal di pedalaman takkan mendapat hak tanah adat dan sebagainya. Kata-kata ini menyebabkan diri saya secara automatik mencelah,
"Sekarang ini pun, tanah adat mereka dirampas bukan?"
Begitulah berakhirnya perbualan kami. Semua menuntut hak masing-masing. Tapi yang berkuasa cuma yang kaya dan sis-sis-sis nya.