PERCUBAAN PROLOG DALAM GAYA MEREKA BUKAN SAYA OLEH ALEJANDRA PIZARNIK
Mereka adalah semorang dan aku adalah aku –G.
Tiada dalam jumlah. Sama sekali tiada. Tiada yang mencapah dari jejak tiaphari. Kehidupan tidak mengalir tanpahenti atau dengan seragam. Aku nda tidur, aku nda kerja, aku nda pergi berjalan, aku nda membelek buku baru manatah rambang, aku tulis dengan teruk atau baik–teruk, aku yakin–didorong dan bergoyah. Sekali sekala aku baring di atas sofa supaya aku takyah tengok langit: nila atau kelabu. Dan kenapa tidak yang nda terfikirkan– aku maksudkan sajak tu–tiba-tiba muncul? Aku kerja malam kian malam. Apa yang jatuh luar dari kerjaku adalah pengagihan keemasan, satu-satunya yang bererti. Pen dalam tangan, pen atas kertas, aku tulis supaya aku nda bunuh diri. Dan mimpi kita yang mutlak? Mencair bersama kerjakeras harian. Atau mungkin, dari kerja, kita jadikan pelarutannya lebih halus.
Masa berjalan. Atau, lebih tepat, kita berjalan. Dalam jarak, tiap momen merapat, idea untuk melakukan tugasan jahat aku perlu selesaikan: menyunting sajak-sajak lamaku. Memfokuskan perhatianku kepadanya adalah sama seperti kembali ke selekoh yang salah bila aku sudah bergerak ke arah lain, kurang lebih tapi semestinya berbeza. Aku cuba untuk berikan tumpuan pada buku tak berbentuk. Aku nda tau kalau buku ni aku punya atau sebenarnya kepunyaan orang lain untukku. Dipaksa untuk baca muka surat, seakan aku membaca sesuatu yang kutulis tanpa sedar yang lain. Bolehkah aku tulis dengan cara yang sama sekarang? Aku kecewa, selalu, bila aku baca muka suratku yang lama. Perasaan yang aku alami ndakan boleh didefinisikan secara tepat. Lima belas tahun menulis! Sebatang pen di tangan sejak umurku lima belas tahun. Kebaktian, kecintaan, kesetiaan, keabdian, kepastian bahawa ini adalah jalan selamat (dari apa?). Tahun-tahun yang terbeban di bahuku. Aku nda boleh menulis dengan cara begitu sekarang. Adakah puisi terkandung sepi harini, terdesak kagum? Nda penting pun. Semua yang kumau adalah untuk bertemu semula dengan diriku yang dulu; bakinya aku biarkan dengan nasib.
Begitu banyak gambaran tentang kematian and kelahiran telah lesap. Tulisan-tulisan ini mempunyai takdir ingin tahu: lahir dari keaiban, ia berkhidmat, sekarang, sebagai satu cara untuk menghibur (atau nda) dan untuk menyentuh hati (atau nda) orang lain. Mungkin, selepas membacanya, seseorang yang kukenal akan sayang lebih sedikit padaku. Dan itu akan mencukupi, maksudku cukup banyak.
_
Terjemahan kasar daripasa esei Alejandra Pizarnik
Rujukan: A Tradition of Rupture
Comments