Cuma satu: tinggalkan.

Credit Scene - Elio
Mark Ronson & Miley Cyrus - No Tears Left To Cry rendition bermain di telinga. Salji diluar begitu cantik sekali hinggap di jendela tapi tidak kupeduli, Ibu dan Mafalda menyediakan makanan, menyusun tertib perkakas di atas meja seperti tidak ada apa-apa. Elio melihat kayu terbakar menghangatkan suasana rumah itu. Tadi syiling yang diputarnya juga tidak menyebelahi, seperti hari ini. Pancaran api di mata birunya menyatakan satu: longing. Semua sudah dia ketahui pasti tidak berkesudahan. Dia pasti. Tapi masih sakit sebegini? Mungkin masa hadapan atau kelmarin sewaktu tubuh bersatu dengan Oliver akan mencair. Sesal berkurung kemudian mengalir dan kering. Teringat hari-hari tanpa mimpi(16);

di muka jendela ini
kubunuh diriku setiap hari
dan aku tidak mati.

Hanya kerana perasaan nakal-nakal ini terlalu jitu ia tak boleh dilenyapkan, menjadi matanglah ia. Ia ingin sekali semudah itu membunuhnya, tapi gagal. merenung langit yang terlalu cerah dan menyakitkan mata dan akhirnya terlepas bicara, "I love this..." Semua penuh dengan kenaifan, serba baru (dan tabu) tapi tak mengapa, untuk kali ini sahaja. Aren't we all a little bit gay inside? Meniarap kemudiannya setelah cumbuan pertama, bibir yang disentuh jari tadi masih berbaki, kesialan kerana tak cukup lama. Mahu lagi. Rerumput disentuh. Mahu lagi. Jangan bertangguh. Kata Kurt Cobain;

What else could I say?
Everyone is gay.

It's weird that there is no mention what-so-ever the word "gay" even once. Sebab hanya cinta, cuma itu. Shits like that happen. Even hetero didn't do that, right aye? Kakinya perlahan menyentuh kakiku, diusapi dengan sesuatu yang tak terucapkan. Takut. Tak mengapalah. Malam ini sahaja. Setelah bersilaturrahim semalam, keraguan pula bertandang dari rasa sebab alasan-alasan lain. Hidup ini perlukan validation. Cinta perlukan validation (how shitty is this?)

"Okay tak?"
"Okay."
"Okay yang seperti apa?"

Okay faham. <3 Semua akan kukenang walaupun perkahwinan minggu hadapan. Denganmu aku sudah jadi pengantin yang bahagia, lebih awal lagi sebelum akad. Akad cuma kata-kata yang boleh dipatahkan. Sah ataupun tidak juga boleh dimungkiri rasa. 

Popular Posts