Kereligiusan Sebuah Pilihan
Kurt Cobain - 1993 |
Sempena kelahiran Kurt Cobain yang jatuh pada 20hb Februari, saya mengenang kembali zaman tingkatan 6 melayani lagu-lagu Nirvana yang grunge-y dan punk. Tapi pabila diingat semula, sifat saya yang sangat mementingkan lirikal dalam sesebuah muzik (pada ketika itu), menjadi saya serba tahu bahawa semua lagu yang ditulis Kurt merupakan campur-darab sajak-sajaknya yang terbengkalai, ataupun daripada jamming gitar di rumah berseorangan. Sebaliknya, bagi Lithium antara lagu yang saya ulang-dengar, proses kreatifnya berbeza, kerana kata Kurt, Lithium ialah "one of those songs I actually did finish while trying to write it instead of taking pieces of my poetry and other things".
Menyanyikan semula irama lagu ini mendorong saya untuk mendobrak liriknya satu-satu dan mendapati bahawa Lithium menceritakan tentang pandangan religius Kurt. Lithium menyampaikan citra 'sesiapa' yang ingin bunuh diri kerana putus cinta tapi telah menemui 'agama' sebagai satu asbab keinginannya tertangguh. Ia juga satu kontardik pada apa yang Karl Marx kata bahawa agama adalah candu yang agak berbaur sindiran pada agamawan. Apapun, jika dengan high dan candu aku boleh hidup, mengapa tidak? Begitulah Kurt menyelamatkan anggapan buruk tentang agama yang dipalit apabila berbicara tentang hal yang membobrokkannya. Dari satu sisi lain yang saya lihat, apabila dia katakan, "I'm so horny but that's okay, my will is good' Kurt seolah menyedarkan bahawa betapa religius pun kau, kau deserve untuk melayani nafsu cinta kau, sebab kau berniat baik.
Apabila saya bongkar pula tentang penyelamatan agama dalam suicide, saya menyedari bahawa takdir yang kaupilih sendiri bila, dimana dan bagaimana kau mati merupakan susunan yang juga Tuhan letakkan. Ia jadi sebuah pilihan sendiri untuk rasa sedih, meninggalkan kawan-kawan supaya berada dalam lingkungan niatmu sendiri, tapi macam yang Kurt kata 'I'm so happy 'cause today, I've found my friends, They're in my head'. Apabila kau sudah terbiasa berkawan dengannya(agama/kesunyian - it goes both ways) di kepala boleh jadi, dengannya terselit rasa gembira. Walaupun Kurt juga memilih jalan yang sama dan ironinya dalam keadaan candu(literally) menemaninya menarik picu itu, tak mengapa. Itu juga takdir. Kids See Ghost menulis lagu tentang ini dalam Cudi Montage bahawa akhirnya Kurt 'Caught with the rifle with the long reach, Just another cycle of the lonely'
Adakalanya kita ingin pulang, entah kemana, pada siapa. Esok itu pasti (baca: tomorrow never die), tapi kelmarin telah lesap. Kaya ataupun bersama keluarga, apapun, kau akan tetap memilih mengikut pilihanmu. Seperti kata T.Alias Taib (Kebetulan dia dan Kurt berkongsi harijadi)
“ada orang cuba membeli hidup
dengan segala kekayaannya
ternyata mati lebih dulu membelinya”
Setiap hari kau mengguncang buah dadu dan tiapnya pula mempamer nombor yang kau tak tahu. Begitulah takdir, walaupun semuanya digerakkan olehmu, masa depan adalah tempat asing dan baharu.
Comments