Puisi Yang Ditinggalkan : Kaneko Misuzu

Elia Mervi

Kau boleh bayangkan puisi-puisi yang sudah kau selesai ditulis, dipuja-puji oleh pembaca, dijadikan mantera dan secara tiba-tiba ia kemudian terjatuh ke lubuk paling dalam tanpa dijenguk lagi? Inilah yang berlaku kepada Kaneko Misuzu. Dia menjadi terkenal pada tahun 1920-an dan dilupakan berdekad-dekad lamanya kerana peperangan dunia kedua kemudian ditemui semula oleh penyair Setsuo Yazaki. 

Tekanan hidup yang dialami Kaneko membuatkan dia menelan Calmotin untuk mengakhiri hayatnya pada usia 26 tahun (ada apa dengan dengan usia 26/27 begitu ramai seniman membunuh diri pada usia begini? entahlah). Perkembangan penyair wanita penuh liku ini bagi aku sebuah petanda bahwa kita harus meluaskan tasik bacaan lagi.  Mungkinkah yang manikam tersembunyi kerna digembar-gembur permata lain oleh si jauhari? Aku menemui Kaneko dalam sebuah artikel di brainspicking. Membaca puisi-puisi naif dan manja karya Kaneko mengingatkan pada zaman kanak-kanak yang penuh imaginatif. Kaneko sememangnya seorang pemerhati teliti. Siapakah yang dapat mengasihani ikan-ikan sardin di laut sepertinya? Aku telah lakukan beberapa terjemahan bebas puisinya daripada  laman sesawang yang memaparkannya dalam bahasa Inggeris. Puisi Kaneko diekstrak oleh David Jacobson, Sally Ito dan Michiko Tsuboi (buku Are You An Echo? -telah kutempah di Kinokuniya-)
Nikmat!

(Semua terjemahan telah dipindahkan ke bilik penyair)

Comments

Popular Posts