Kebanyakan penyair yang kukenal sedang kecanduan

Ya mestilah, 
kalau tak sebatang malam, 
atau sewaktu rokok
antara kedua nyala. 

Kalau tak pada pedih kata,
atau pada baris luka
antara kedua raung.

Paling kukenal seorang penyair,
ia candukan perempuan
dan kesepian.

Credit : ilyamilstein

*Suntingan 1
—Rahman kata baris bawah boleh diubah. Saya juga fikir hal sama. Perenggan terakhir saya baru tambah semalam. Entah kenapa. Katanya tajuk juga "biasa". Saya suka tajuk tu. Saya sebenarnya kalau boleh nak elak perkataan sepi. Sebab sepi sangat overrated esfak sekarang ni. Dan saya pun dah "menyampah" kerana overproduce dah. Tapi dalam masa sama saya enjoi juga baca sebahagian sajak sepi. 

—Saya tambah perkataan "perempuan" & "kesepian" sebab saya menyampah dengan sebahagian pemuja penulis Perempuan Kesepian, penyair yang menulis tentang tubuh perempuan dengan bodoh sekali, dan penyair yang bersepisepi dalam dunianya. 

—Saya jadi teringat lagu Nirvana - Rape Me, satu baris yang kontroversial tapi sebenarnya mengangkat ironi sebagai sindiran terhadap perogol. Dan juga lagu Hole - Asking For It membawa idea yang sama. Lalu saya biarkan dulu kedua perkataan itu berada dalam sajak. 


Comments

Popular Posts