Beberapa Dalam Zaen Kasturi (Dan Reaksi Saya Terhadapnya)
Your first draft from your head, and then you rewrite from your heart. (Petikan daripada siapa saya tak jelas)
Reaksi: Penulisan yang jujur dengan perasaan. Bertepatan dengan idea. Tanpa kepura-puraan emosi. Ataupun kepura-puraan yang terancang/licik. Kedalaman dan keseronokan. Hook. Relateable. Ataupun membentuk imaginasi dengan mudah, mendorong fokus, mendorong buah fikiran pelbagai.
2. Zaen gilakan metafora dan beranggapan puisi-cerpen bergerak seiring.
Reaksi: Lalu boleh jadi apa apa yang ditulis oleh Zaen puitis. Lalu boleh jadi apa apa yang ditulis oleh Zaen seperti dia duduk di sebuah kamar dan sedang bercerita.
3. Pengarang harus berada di dalam pengalamannya. Pengalamannya tiba melalui dua cara: pengaruh dan alam. Pengaruh bukan peniruan. Sebaliknya pengarang lebih banyak meniru alam.
Reaksi: Sedap dulu baru ideologi. Atau ideologi dulu atau sedap? Pilihan masing-masing. Pandangan saya yang pertama.
4. Puisi harus membunuh persepsi dan membangunkan persepsi baru.
Reaksi: Tiada. As it is.
(Semuanya dicatat ketika program Meet & Greet Zaen Kasturi minggu lepas barangkali. Tak ingat)
Gambar: sseongryul
Comments