Perca Perbualan


Balut mana-mana bahagian pada tubuhmu
Kalau orang bertanya tentangnya, 
reka sebuah cerita dan adu.
Kalau orang tak bertanya tentangnya, 
tarik perhatian mereka padanya dan adu.
Kalau orang terlupa tentangnya, 
ingatkan mereka dan teruskan mengadu.
Jangan bercakap tentang hal lain.

-Yoko Ono

Saya fikir ia tidak mengejutkan apabila semua lebih sering menulis tentang kedukaan masing-masing. Walau halnya sama, bukankah kesedihan perlukan validasi? Ia perlukan perhatian. Apabila kita mengatakannya demikian maka penyairlah yang selalunya bersikap pentingkan diri sendiri. Kelakuannya menulis puisi-puisi derita tak lain untuk memberitahu orang bahawa dia sedang terluka. 

Walaupun mungkin ia cuma sebuah balutan pada tubuh yang tak berfungsi apa-apa. Ataupun berbanding mengatakannya demikian lebih senang begini: kita ingin bersolitud di kamar masing-masing, kitalah penyair yang sendiri dan terasing. Tapi marilah! jemput duduk dan minum secawan teh, kau harus tau aku sebenarnya kesunyian. Dan berbanding mengatakan saya ingin merasa selamat dengan menulis puisi lebih sering kali saya merasa selamat membacanya. 

Comments

Siti said…
Kedukaan yang tidak pernah hilang

Popular Posts