Cereka Dari Kekacauan Aphorisms Alda Merini
Sekarang kita susun sebuah babak. Katil, cadar baru. Aku di hadapan cermin. Tubuh semakin gempal. Cherry-Harry Styles untuk klarifikasi pengikut budaya pop tapi masih dalam bentuk sederhana. Poster Charlie Heaton dalam skrin laptop rose-gold. Apa yang hilang? Tidur pasca-asar adalah keadaan paling pukimak. Ingatan. Dua kali mimpi buka fon tengok whatsapp. Pertama, pukul 2 pagi -chat backup-. Kedua, buang status emosional semalam. Scroll twitter RT quotations artidote.
There are nights that don't
ever happen
Babak kedua. Katil, cadar baru. Kalau Januari melancap mesti dia cepat capai klimaks. Samaada waktu yang pantas atau aku yang lambat atau kedua-duanya. Penangguhan. Semalam sepatutnya selesai satu hal, tapi tangguh sejam kemudian tiga jam kemudian separuh hari kemudian sehari kemudian seminggu kemudian sebulan.
I sample sin as if it were
the beginning of well-being.
Babak ketiga. Semalam sepatutnya call tuan rumah ada kerosakan paip tandas utama. Bocor. Nak muntah. Nak muntah. Esok call. Tapi macam mana nak cakap? Senaraikan.
-Bagi salam
-Saya nak bagitahu
-Paip tandas utama bocor
-Boleh tolong baiki?
-Tutup salam
Everyone is a friend of his own pathology.
Sekejap. Takpa ke kalau tak kenalkan diri. Kenapa nak kena kenalkan diri? Tukar nombor baru. Nak muntah. Kena bagitahu. Tak pe ke call malam ini? Okay esok pukul 8 pagi. Proper. Tapi esok weekdays, takut ganggu waktu kerja . Okay pukul 1.30petang. After lunch, dah settle makan.
-Bagi salam
-Maaf ganggu
-Ini saya.
-Maaf guna nombor baru.
-Saya nak bagitahu
-Paip tandas utama bocor
-Boleh tolong baiki?
-Tutup salam
Psychoanalysis
always looks for the egg
in a basket
that has been lost.
Babak empat. Dua bilah pisau di hadapan di atas meja. Satu tumpul dan satu tajam. Dua bayangan. Yang tumpul akan masuk perlahan ke dalam batang leher. Darah mengalir memenuhi dada. Yang tajam menusuk masuk segera ke batang leher. Darah terpercik ke tangan dan rambut. Berapa lagi waktu? Berapa lagi waktu? Seseorang sedang telefon, nombor asing. Aku matikan. Lebih mudah.
If God absolves me
he always does so
for insufficient
evidence.
Babak lima. Lampu matikan. Sunyi. Sunyi yang paling sunyi adalah kesunyian yang sunyi. Tahukah bulan bahawa ia sedang terluka? Tahukah matahari bahawa ia sering melukakan? Hanya ingin jatuh cinta. Sekali. Dengan orang asing. Tinder. Hi. Hi. Intro? 23/study you? Same. What do you love to do. fwb. shit. Tutup fon.
I don't like Paradise
as they probably don't have
obsessions there.
Babak akhir. Aku tutup fon. Semua mesej hanya seen. Medsos deactivated. I'm fucking crying all night. Pasang antara writers in the dark ataupun in my head. Sibuk. Akan sakit kepala. Akan penat.
Akan enggan baca puisi. Akan enggan tulis puisi. Akan enggan buka blog. Akan enggan tulis surat.
When I raise a toast to madness,
I toast myself as well.
Kau tak istimewa mana pun bro, semorang sakit. semorang tulis puisi. so get your shit together please, bitch?
SEMAK.
Comments
Dan lagi satu jadah apa minah2 seberang ini spam iklan dekat comment kau..haha. kelakar