Cakar-cakar Fikir (12)
Ogos. Hampir saya boleh katakan bahawa hidup banyak dibazirkan dengan berfikir kita akan gagal. Saya selalu menganggap fikiran adalah ruang kamar yang semak dan tak terurus. Ataupun itu cuma fikiran saya? Keresahan adalah realiti. Apabila saya menyebut tentang perkahwinan dengan bekas kekasih, dia membalas dengan pesimis dia hanya ingin mati. Saya membuat keputusan untuk enggan membuka cerita tentang itu lagi. Bahkan saya sendiri tidak tahu perihal masa depan dengan hal-hal yang tertangguh. Jadi saya bungkam. Saya terus berfikir saya akan gagal lagi dalam percintaan. Dan benar saya gagal.
"Never have I ever before"
Adakala saya mahir mendengar, terlalu mahir sehingga telinga saya tiba-tiba menjadi pekak. Begitulah saya meladeni keresahan setiap hari. Betapa hal-hal kecil seperti "basuh kain" atau "buat nota" malah "dialog/cara bercakap kau dengan..." saya akan tulis pada notes di fon atau di kertas atas meja kerja sebelum saya tinggalkan semuanya berhabuk. Tapi saya gemar menganggapnya sebagai gurauan. Maksud saya, keresahan ini. Sekurang-kurangnya dengan ketawa saya mengajar tubuh ini untuk mendengar suara sendiri. Mujur sekarang semakin kurang dan kesibukan membuatkan saya lupa sebentar. Tapi saya juga dah lupa erti berseorangan. Dua minggu lepas saya beritahu kawan-kawan selepas kami bergelak di ruang tamu bahawa hati saya sunyi. Sejak bila? Tanya mereka. Sejak setahun lepas.
But I can see us lost in the memory
August slipped away into a moment in time
Berulangkali saya membayangkan kalaulah saya bersabar dan tidak terlalu berfikir akan gagal, sudah tentu sekarang ini saya akan bahagia. Walhal hakikatnya bahagia itu adalah kenyataan minda dan bukanlah hal superfisial yang bakal hilang di waktu-waktu sukar. Betapa kerasnya hati saya kerana takut seakan angin yang tercungap-cungap di tengahari lelah dengan ugutan hujan.
Your back beneath the sun
Wishin' I could write my name on it
Saya tak menulis kata-kata terakhir pun kepadanya. Malah saya merahsiakan bahawa saya selalu melihat semula gambar dalam fon ketika saya berlari di pantai memakai baju nila dan ketawa. Betapa keningnya berulangkali tersiar di fikiran. Dan rasa bersalah terus menyelubungi hati. Saya sedar sunyi ini adalah dosa daripada masa lalu. Kegagalan dan keresahan adalah dosa. Sekarang sikit-sikit saya mulai menebusnya.
Will you call when you're back at school?
I remember thinkin' I had you
Saya tidak ada apa-apa daripada hati yang terbakar ini. Kenapa saya merasakan lebih banyak keresahan yang mengelirukan kita menjadi hidup di baris perkataan ini.. Saya akan padam semua gambar. Ingatan adalah salah satu benda yang membuatkan fikiran saya semak dan tak teratur. Saya akan buang semua mesej dan nombor. Kita adalah orang asing yang lupa erti apa-apa. Tuhan Maha Tahu Segala bahawa betapa rahmatnya hidup saya sekarang tanpa sesiapa.
Back when we were still changin' for the better
Wanting was enough. For me, it was enough
To live for the hope of it all
📷:holiventrae
Comments