24

Neocortex Calamity: 20an, 30an ia cuma sebahagian daripada otak kita yang mengawal konsep waktu. Kucing tak ada neocortex. Kalaupun ia makan makanan yang sama setiap hari, hidup yang sama setiap hari di rumah sama, ia takkan murung atau bosan. Baginya, waktu cuma sekarang.*

Dengan usia kita selalu rasa ketinggalan. Saya fikir ia berlaku bukan kerana kita sungguh tertinggal sesuatu. Tapi lebih kepada kehidupan seharian yang bergerak mengikut waktu semacam rutin. Seorang guru saya di sekolah rendah pernah berkata bahawa manusia takkan pernah puas. Saya yang masih kanak lagi hanya ketawa tanpa pemahaman yang dalam. Ia cuma kata-kata yang melekat dalam memori. Tapi reaksi? Bukankah saya seperti kucing yang tak peduli apa-apa? 

Kadang-kadang, kita lebih sering menjadi manusia perungut sebab menganggap kehidupan adalah bekas-bekas kenangan. Kita simpan ke dalam almari. Sekali sekala jenguk dan gilap lagi sehingga terlupa untuk bergerak ke depan. Tapi tiada apa yang kau boleh harap dengan kenangan. Ia cuma buat kita tertawa dan menangis. Malah, kita banyak mengulang tayang momen sedih kemudian menyesal dan tak tau jalan kembali. Bila berkenalan dengan orang baru, kita galas semua di bahu yang sudah repas. 

"Sebab aku dah 20", "Sejak masuk 30", "Kau pun nanti dah nk masuk 40an" satu-satunya spesis yang mengurung dirinya dalam bahagian-bahagian masa seperti ini cuma manusia. Hanya manusia sahaja yang menyerang usia sebagai satu kelemahan dan berbelanja wang ke atasnya kemudian menyebabkan mereka membazir emosi. Itulah harga yang kita tanggung sebagai manusia kerana mempunyai perkembangan neocortex. Bagi kucing, 30an atau 40an sama saja, ia tetap terus hidup.*

Sekarang, di usia begini, waktu adalah selang-selang doa yang kausisipkan tiap hari. Melupakan atau tidak kedua-duanya adalah bentuk perhambaan. Kita terus berjalan walaupun ketinggalan. 

Selamat Hari Jadi yang ke 24. 

____

*Petikan dialog Nam Se-Hee drama Because This Is My First Life (Episode 1)

📸: Aniko Arts

TokoAira


Comments

iam.umifuzy said…
24 angka menarik tu...happy birthday

salam kenal dari www.iamfuzy.com
I. Irdina said…
Duapuluhempat bertukar duapuluhlima, tahun ini kita menulis lagi tentang rasa yang sama.
Salam perkenalan (:

Popular Posts