Mikrofiksyen: Santexsistensialisme


(1) Saya tak beriman kepada Santa tapi pada keajaiban Krismas. Sejak itu, Santa beriman kepada saya. 

(2) Santa terkejut mendapati bahawa dia genderless. 

(3) Santa Klaus enggan masuk ke dalam rumah orang miskin kerana dia klaustrofobia.

(4) Santa tak percaya kewujudan dirinya sendiri. Santexsistensialisme.



———

Saya menulis beberapa mikrofiksyen 3 tahun lepas selepas perasan sambutan Krismas selalu kebetulan di waktu waktu yang senang untuk diraikan tanpa sebab dan percaya dengan apa-apa berkah sekalipun. 

Tapi, tahun ini Krismas kita dirayakan dengan bencana, penindasan dan luka. Namun masih, banyak saya lihat harapan tumbuh dimana-mana. Ketulusan hati akan selalu lebih kuat melawan rebah. 

Saya tidak ada apa-apa kecuali humor untuk menolak derita. Jadi, tulisan di atas sekadar menenangkan sekejap keresahan. Kebetulan, ia tulisan yang bagus untuk dikongsibaca. 

Selamat menyambut Hari Natal dan Selamat Tahun Baru! 

Moga hari-hari kita akan menatang harapan penuh dan kuat menjinjing tenaga melawan sedih dan bencana. 



📷:William Holbrook Beard

Comments

Anonymous said…
ringkas dan tepat

Popular Posts