Karang Hitam
📷: Potrait of Carol Janeway (Maya Deren, 1943) Pada Mac 2009, saintis telah mengenalpasti satu spesis batu karang hitam yang dijangka berumur dalam lingkungan 4,265 tahun. Dapatan ini menjadi sebuah rekod spesis organisma tertua yang ditemui masih hidup di bumi. Batu karang hitam adalah organisma yang membantu ekosistem laut termasuk menjadi tempat tinggal, perlindungan, makanan dan keselamatan bagi haiwan-haiwan lain. Seakan karang hitam, manusia juga hidup dalam jangka hayatnya tersendiri mengikut realiti garis masanya tersendiri. Ia juga sering mencari akar punca yang boleh memberi manfaat kepada ekosistem kehidupan ini. Sekarang, adakah garis masaku adalah sisa atau peluang? Kata Yiyun Li begini: “Hidup, dalam erti kata mutlak, berbaloi untuk dilalui, seakan seni berbaloi untuk diceburi, sains berbaloi untuk diterokai, keadilan berbaloi untuk dicapai. Namun, hakikat bahawa sesuatu itu berbaloi untuk dilakukan tidak harusnya bermaksud seseorang itu dikurniakan kapasiti u...







